“Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” Segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. KAMI memuji kepadaMu, wahai Zat yang Maha Memiliki sifat keagungan dan kemuliaan, atas segala yang telah Engkau sempurnakan untuk kami dari agama Mu Islam.
Menghulurkan ucapan selawat dan salam atas Nabi pemberi petunjuk dan pembawa rahmat, yang diutus dengan membawa Al Kitab dan Hikmat, sebagai penutup dan pelengkap sekalian Nabi, dan pemimpin para penunjuk ke arah kebenaran, iaitu junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga atas semua keluarga, sahabat dan pengikutnya. Kami daripada PERMATA MELUR™ ENTERPRISE ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya isi kandungan laman web ini menyinggung mana-mana pihak dan kami mengucapkan ribuan terima kasih dan salam muhibah kepada para pengunjung laman web kami ini kerana sudi mengunjungi dan melihat segala perkhidmatan yang kami sediakan, ahlan wasahlan kami persilakan.
Semoga kehadiran tuan-tuan dapat menyelesaikan tanda tanya dan persoalan dalam kehidupan tuan-tuan yang selama ini tidak terjawab dengan rawatan moden dan tradisional yang lain maka hubungi kami di PERMATA MELUR™ ENTERPRISE.
PERMATA MELUR™ ENTERPRISEmerupakan sebuah pusat rawatan yang menyediakan perkhidmatan merawat pelbagai jenis penyakit rohaniah dan jasmaniah berlandaskan al-Quran serta As Sunnah dan juga rawatan tradisional warisan Melayu.
Tujuan kami menubuhkan PERMATA MELUR™ ENTERPRISE kerana ingin menawarkan kepada rakyat Malaysia khususnya dan amnya satu dunia bahawa rawatan tradisional warisan Melayu serta bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah adalah sebagai rawatan alternatif dan terapi bagi menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani dengan izin Allah SWT.
Konsep rawatan di PERMATA MELUR™ ENTERPRISEtiada unsur sihir, jin, makhluk halus dan tahyul kerana perkhidmatan rawatan yang kami tawarkan adalah berlandaskan Islam dan mengikut kehendak syarak.Proses rawatan diPERMATA MELUR™ ENTERPRISEadalah dengan keadah Membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan Zikir Mohon pada Yang Maha Esa.
PERINGATAN: JANGAN PERCAYA PADA MINYAK , INI ADALAH USAHA IKHTIAR KITA SEBAGAI MANUSIA, BERDOA PADA ALLAH DAN KITA BERTAWAKAL KEPADANYA, KAMI INSAN BIASA DAN MEMOHON SEGALANYA PADA KUASA ALLAH SWT. JAGA AKIDAH!!!!! BAGI MEREKA YG BERJAYA DAN DIMAKBULKAN HAJATNYA BERSYUKUR PADA ALLAH SWT BUKAN BERSYUKUR KEPADA MANUSIA.